Petunia Sophistica Grower Fact

Maklumat Penanaman Koleksi Petunia Sophistica
(Petunia x hybrida)

Percambahan
Media
Gunakan media yang telah dikeringkan dengan baik, bebas dari penyakit dengan pH di antara 5.5 hingga 6.0 dan EC kira-kira 0.75 mS/cm (ekstrak 1:2)

Semaian
Penutupan biji benih adalah tidak disarankan. Siramkan biji benih secara secukupnya selepas semaian bagi melarutkan salutan biji benih.

Percambahan mengambil masa kira-kira 4 hari
Suhu tanah: 72 hingga 76°F (22 hingga 24°C)
Cahaya: Cahaya tidak diwajibkan bagi kesemua variasi. Sophistica Bicolor Lime akan mempunyai manfaat dari cahaya pada Peringkat 1.
Kelembapan: Pastikan tanah adalah amat basah (tahap 5) semasa Peringkat 1 bagi percambahan optima.
Kelembapan Udara: Kekalkan 100% kelembapan relatif (RH) sehingga kemunculan radikel.

Penghasilan Anak Benih

Media

Gunakan media yang telah dikeringkan dengan baik dan bebas dari penyakit dengan pH di antara 5.5 hingga 6.0 dan EC kira-kira 0.75 mS/cm (ekstrak 1:2).

Semaian
Penutupan biji benih adalah tidak disarankan. Siramkan biji benih secara secukupnya selepas semaian bagi melarutkan salutan biji benih.

Peringkat 1 – Percambahan mengambil masa kira-kira 4 hari.
Suhu tanah: 72 hingga 76°F (22 hingga 24°C)
Cahaya: Cahaya tidak diwajibkan bagi kesemua variasi. Sophistica Bicolor Lime akan mempunyai manfaat dari cahaya pada Peringkat 1.
Kelembapan: Pastikan tanah adalah amat basah (tahap 5) semasa Peringkat 1 bagi percambahan optima.
Kelembapan Udara: Kekalkan 100% kelembapan relatif (RH) sehingga kemunculan radikel.

Peringkat 2

Suhu tanah: 68 hingga 75°F (20 hingga 24°C)
Cahaya: Sehingga 2,500 f.c. (26,900 Lux)
Kelembapan: Mula mengurangkan kelembapan tanah (tahap 4) bagi membolehkan akar menembusi media.
Pembajaan: Bubuh baja pada kadar 1 (kurang dari 100 ppm N / kurang dari 0.7 mS/cm EC) dari baja berdasarkan nitrat dengan fosforus yang rendah.

Peringkat 3
Suhu tanah: 65 hingga 70°F (18 hingga 21°C)
Cahaya: Sehingga 2,500 f.c. (26,900 Lux)
Kelembapan: Biarkan media mengering sehingga permukaan kelihatan coklat cerah (tahap 2) sebelum menyiram. Kekalkan kelembapan pada kitaran basah-kering (tahap kelembapan 4 hingga 2).
Pembajaan: Tingkatkan baja ke kadar 2 (100 hingga 175 ppm N / 0.7 hingga 1.2 mS/cm EC). Jika pertumbuhan adalah perlahan, gunakan baja seimbang berdasarkan ammonium dan nitrat. Kekalkan pH media di antara 5.8 hingga 6.2 dan EC di antara 1.0 dan 1.5 mS/cm (ekstrak 1:2).
Penggunaan Growth Regulator: Kawal pertumbuhan anak benih melalui persekitaran, nutrisi dan pengurusan pengairan dahulu. Gunakan growth regulator kemudian hanya jika perlu. Kurangkan baja nitrogen dalam bentuk ammonium bagi mengelakkan pemanjangan anak benih. Perbezaan suhu (DIF) juga boleh digunakan bagi mengurangkan ketinggian tanaman. Uji kesemua growth regulator kimia dahulu.
Keadaan di Amerika Utara: Gunakan B-Nine/Alar (daminozide) untuk 1 hingga 2 aplikasi pada 5,000 ppm (6.0 g/l, formulasi 85% atau 7.8 g/l, formulasi 64%) dalam bentuk semburan. Aplikasi yang pertama patutnya dilakukan apabila 2 - 3 daun sebenar kelihatan. Aplikasi yang kedua boleh dibuat 7 hari kemudian. Rawatan ini boleh mempertingkatkan percabangan secara basal bagi tanaman dewasa.
Keadaan di Eropah Utara : 1 hingga 3 aplikasi B-Nine/Alar (daminozide) pada 1,250 ppm (1.5 g/l, formulasi 85% atau 2.0 g/l, formulasi 64%) dalam bentuk semburan telah diuji dan didapati berkesan (jika perlu)

Peringkat 4
Suhu tanah: 60 hingga 65°F (16 hingga 18°C)
Cahaya: Sehingga 5,000 f.c. (53,800 Lux) jika suhu boleh dikawal
Kelembapan: Sama seperti Peringkat 3.
Pembajaan: Sama seperti Peringkat 3.

Pertumbuhan Sehingga Dewasa
Saiz Bekas

Pasu 4 hingga 5-in. (10 hingga 13-cm): 1 tanaman untuk setiap pasu
Pasu 6-in. (15-cm): 1 hingga 3 tanaman untuk setiap pasu
Bakul 10-in. (25-cm): 3 hingga 4 tanaman untuk setiap bakul

Media
Gunakan media yang telah dikeringkan dengan baik, bebas dari penyakit dan tidak bertanah dengan pH di antara 5.5 hingga 6.2 dan caj nutrien pendahuluan media.

Suhu
Malam: 57 hingga 65°F (14 hingga 18°C)
Siang: 61 hingga 75°F (16 hingga 24°C)
Petunia Sophistica boleh ditanam pada suhu serendah 50°F (10° C). Masa penanaman (masa pembungaan) mempunyai hubungkait dengan suhu purata apabila ianya ditanam dalam keadaan masa siang yang betul. Tanaman Sophistica akan mengambil masa yang lebih lama untuk berbunga jika ditanam di tempat yang lebih dingin.

Cahaya
Kekalkan kadar cahaya setinggi mungkin tetapi suhu yang sederhana dikekalkan.

Pembajaan
Gunakan baja berdasarkan nitrat dengan fosforus yang rendah pada kadar 3 (175 hingga 225 ppm N (1.2 hingga 1.5 mS/cm EC) untuk setiap penyiraman. Penggunaan baja yang seimbang dengan ammonium dan nitrat serta fosforus yang rendah adalah penting bagi menggalakkan pertumbuhan dan mengimbangkan pH media. Kekaklan pH media di antara pH 5.8 hingga 6.2. Untuk program pembajaan yang tetap, bubuh baja pada kadar 2 (100 hingga 175ppm N atau 0.7 hingga 1.2 mS/cm EC) sementara mengekalkan rangkaian EC dan pH yang disarankan.

Penggunaan Growth Regulator
Gunakan B-Nine/Alar (daminozide) pada 5,000 ppm (5.9 g/l, formulasi 85% atau 7.8 g/l, formulasi 64%) untuk penggunaan mingguan, bermula dari 7 hari selepas pemindahan, atau gunakan growth regulator yang sama bagi Petunia Grandiflora seperti Dreams atau Supercascade. Untuk menentukan kadar terbaik bagi keadaan anda, kami menyarankan supaya anda menjalankan sesi percubaan.

Fotoperiod
Petunia Sophistica boleh berbunga dengan berjaya pada masa siang selama 10 jam. Masa penanaman adalah 3 hingga 6 hari lebih cepat dalam keadaan masa siang yang lebih lama.

Jadual Penanaman
Semaian Sehingga Pemindahan (Dulang semaian 400 hingga 288 lubang):
4 hingga 6 minggu
Pemindahan Sehingga Pembungaan:
5 hingga 7 minggu

Jumlah Masa Penanaman:

Saiz Bekas : Pasu 4-in. (10-cm)
Jumlah Tanaman : 1 tanaman setiap pasu
Musim Bunga : 10-12 minggu
Musim Panas : 8-10 minggu

Saiz Bekas :
Pasu 6-in. (15-cm) pot
Jumlah Tanaman : 1-3 tanaman setiap pasu
Musim Bunga : 10-12 minggu
Musim Panas : 8-10 minggu

Saiz Bekas :
Bakul 10-in. (25-cm)
Jumlah Tanaman : 3-4 tanaman setiap bakul
Musim Bunga : 10-13 minggu
Musim Panas : 8-11 minggu

Masalah Lazim
Tiada masalah besar jika kultur yang baik dan amalan IPM digunakan.